Tuesday, April 17, 2012

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1

      Pada 16 hb April 2012, Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10 telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Seremban 1.Kejohanan ini  telah di adakan di Sekolah Kebangsaan Sikamat.Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada pasukan sekolah, namun diharapkan penyertaan ini dapat memberi ilmu dan pendedahan tentang permainan bola baling kepada murid -murid yang terlibat.Insya'Allah kita akan gandakan usaha untuk mengembalikan semula kemasyuran Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10 dalam permainan ini. Sekian.

UJIAN LINUS BAGI MURID TAHUN 3

     Saringan Khas Literasi dan Numerasi telah pun diadakan pada minggu lepas.Alhamdulillah , untuk Saringan Khas Literasi , kesemua calon yang mengambil ujian berjaya melepasi had markah lulus yang telah ditetapkan.

Program1 Murid 1 Sukan

        Bermula minggu ini Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10 akan memulakan program 1 Murid 1 Sukan. Program ini akan diadakan  setiap Hari Rabu pada pukul  4 petang hingga 5 petang iaitu sebaik sahaja aktiviti ko-kurikulum selesai. Program 1M1S akan  melibatkan  murid -murid tahun 3 ,4 ,5 dan 6.Murid-murid semua akan dibahagikan kepada 3 permainan iaitu Bola Baling, Bola Tampar dan Bola Jaring.Semoga semua pihak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya bagi menjayakan program ini. Insya'Allah.

Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10 2012

Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10 sesi 2012...setelah setahun lebih menyepikan diri. Harap maaf. Insya'allah kami akan cuba sedaya upaya untuk membuat penambahbaikan dan memuat naikkan pelbagai informasi dan hebahan terkini. Insya'Allah

Sunday, October 17, 2010

Perkhemahan Badan Beruniform

Unit Ko-kurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga pendidik Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10 yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti perkhemahan badan beruniform yang telah dijalankan serentak dengan program Kem Ibadah. Perkhemahan ini berlangsung selama 2hari 1 malam iaitu bermula 9 Oktober hingga 10 Oktober. Tahniah kepada kem komanden yang telah berjaya menjalankan setiap aktiviti yang telah dirancangkan.Semoga  program ini akan dapat dijalankan dengan lebih jayanya pada tahun hadapan.

Monday, August 30, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10


      Bulan puasa bukanlah penghalang bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan Labu untuk turut serta dalam menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan. Terima kasih kepada panatia KT kerana telah menganjurkan program sempena bulan kemerdekaan kali ke 53.

Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia kali ke 53

            Walaupun pelbagai isu yang melanda negara kita, namun Kesejahteraan Malaysia masih dapat dikekalkan. Semoga kemerdekaan yang kita kecapi ini kekal untuk selama-lamanya. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia