Monday, August 30, 2010
Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10
Bulan puasa bukanlah penghalang bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan Labu untuk turut serta dalam menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan. Terima kasih kepada panatia KT kerana telah menganjurkan program sempena bulan kemerdekaan kali ke 53.
Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia kali ke 53
Walaupun pelbagai isu yang melanda negara kita, namun Kesejahteraan Malaysia masih dapat dikekalkan. Semoga kemerdekaan yang kita kecapi ini kekal untuk selama-lamanya. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia
Program Ehya' Ramadhan
Sepanjang bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini, Panatia Agama Islam telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk disertai oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Pertandingan Nasyid, Pertandingan Melaungkan Azan, Pertandingan membuat dan mewarna poster serta penyampaian tazkirah .Semoga murid-murid semua mendapat manfaat yang sebaiknya.
Tuesday, August 10, 2010
Kursus Kepimpinan Pengawas Dan Ketua Darjah
Unit Kaunseling dan Badan Pengawas sekolah telah merancang satu program berbentuk kursus kepada pengawas , ketua darjah dan penolong ketua darjah. Ianya telah dijalankan dengan jayanya pada 10 Ogos 2010 bermula jam 1 petang dan berakhir pada ukul 4 petang. Kursus ini menggunakan khidmat guru -guru Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10. Semoga program ini berjaya memantapkan integriti pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10.
Program Motivasi Murid Tahun 6 Bersama PRS SMAP
9 Ogos 2010, Sekolah Kebangsaan Labu Batu 10 telah menjalankan satu program motivasi kepada murid-murid tahun 6 . Program ini dijalankan bertujuan untuk memberikan inspirasi dan galakan kepada murid-murid tahun 6. Semoga program yang telah dijalankan ini berkesan dan pengisian yang cuba diterapkan dapat dihayati oleh murid-murid semua.
Sunday, August 8, 2010
Perjalanan Aktiviti Ko-Kurikulum
Makluman untuk semua warga SKL, aktiviti ko-kurikulum sempena Bulan Ramadhan berjalan seperti biasa. Walaubagaimanapun aktiviti permainan ditukar kepada aktiviti di dalam kelas. Marilah kita bersama-sama menjayakan aktiviti ko-kurikulum. Anggapkan ini sebagai satu ibadah di bulan Ramadhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)